fbpx

Kapal tangki MT Hafnia Nile, MT Ceres 1 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Halim (kanan) menunjukkan lokasi kedua-dua kapal tangki berlabuh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Convention Centre, hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Laut Malaysia (JLM) menahan kapal tangki MT Ceres 1 serta kapal MT Hafnia Nile bagi menjalankan siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Ketua Pengarahnya, Kapten Mohamad Halim Ahmed berkata, kedua-dua kapal yang dilaporkan berlanggar 19 Julai lalu telah berlabuh berhampiran perairan Tanjung Sedili, Johor untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, siasatan setakat ini turut menafikan bahawa Ceres 1 meninggalkan lokasi selepas berlakunya pelanggaran kerana semua sistem termasuk Sistem Pengenalan Automatik (AIS) yang digunakan untuk mengesan kapal juga tidak berfungsi.

“Ceres 1 merupakan sebuah kapal tangki minyak tanpa kargo yang dalam pelayaran ke Lanshan, China, manakala Hafnia Nile sebuah kapal tangki minyak yang membawa muatan ‘Naphtha’ dalam pelayaran ke Kashima, Jepun.

“Siasatan awal mendapati Ceres 1 yang membawa 26 orang anak kapal sedang berlabuh akibat masalah teknikal yang dihadapi.

“Kapal Hafnia Nile yang membawa 22 orang anak kapal sedang dalam pelayaran cuba mengelak kapal Ceres 1 namun gagal dan bahagian Port Hafnia Nile telah terlanggar bahagian starboard bulbos bow Kapal Ceres 1,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar perkembangan terkini kemalangan Kapal Ceres 1 dna Hafnia Nile di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kapten Mohamad Halim berkata kedua-dua buah kapal telah terbakar dan rantai sauh Kapal Ceres 1 di bahagian starboard telah terputus sebelum hanyut.

Jelasnya, 22 orang anak Kapal Hafnia Nile telah diselamatkan oleh Kapal RSS Supreme milik Tentera Laut Republik Singapura dan dirawat di Hospital Awam Singapura.

“Siasatan awal mendapati tiada tumpahan minyak dikesan namun hanya terdapat kilauan minyak yang disyaki berpunca dari tangki kapal Hafnia Nile. Tiada tumpahan minyak dari kapal Ceres I dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) insiden pelanggaran kapal tangki MT Hafnia Nile dan MT Ceres 1 ditamatkan pada 22 Julai dengan kedua-dua kapal tangki itu ditunda ke kawasan selamat di kedudukan 20 batu nautika timur Tanjung Sedili, Johor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI