fbpx

Jujur dalam bergaya kunci penampilan tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaya yang berlebihan selalunya tidak berjaya dalam dunia realiti.

Pakaian adalah merupakan ekspresi luaran yang lahir dari dalam diri individu atau seseorang. Adalah amat penting berpakaian bertujuan sebagai suatu ekspresi gaya tersendiri, atau sekadar untuk menyampaikan mesej tertentu kepada sesiapa yang melihat. Namun begitu, walau apa pun gaya anda, seharusnya ia nampak bersahaja, tidak keterlaluan dan tidak dibuat-buat.

 

Jujur dengan diri
Paling penting, kita perlu jujur dengan diri sendiri. Kita perlu sentiasa selesa dengan apa yang kita pakai serta gayakan. Pilihlah padanan pakaian dan aksesori yang kita fikirkan menarik, bukan apa yang dikatakan trendy oleh orang lain. Oleh itu kekalkan item yang paling sesuai dengan umur, potongan tubuh badan, imej, personaliti serta gaya kita, dengan mengambil kira acara, majlis dan lokasi.

 

Less is more
Praktikkan konsep less is more. Jangan overdo & trying too hard dalam berfesyen. Anda tidak perlu gayakan segala pakaian dan aksesori yang trendy dan popular dalam satu masa. Ia akan nampak amat pelik dan janggal. Cuba jangan membazir dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan beli hanya beberapa pakaian yang trendy pada setiap musim, kemudiannya suai padan dengan basic items atau apa yang ada dalam almari pakaian anda.

 

Suai padan
Pakaian baharu yang disuai padan dengan yang lama secara bijak dan kreatif, selalunya menjadikan penampilan kita kelihatan lebih effortless (bersahaja) dan menarik. It’s cost-effective, safe way to look your best everyday! Sebelum anda bercadang untuk membeli pakaian ataupun aksesori yang baharu, tanya diri sendiri sama ada anda membelinya adalah kerana ia ‘instyle’ atau kerana anda betul-betul memerlukan dan menyukainya. Jika anda membelinya hanya kerana logo atau jenama barangan tersebut, lupakan sahaja niat anda kerana percayalah akhirnya pakaian tersebut hanya akan menjadi hiasan dalam almari anda.

 

Hamba media
Seperkara lagi, elakkan daripada menjadi hamba media cetak dan elektronik. Jangan tiru tanpa berfikir apa yang kita lihat di televisyen dan majalah. Selebriti dan model selalunya overdo trends untuk menarik perhatian media. Kadangkala gaya yang berlebihan itu selalunya tidak berjaya dalam dunia realiti.

 

Pandangan sinis
Jika kita rasakan semua mata memandang sinis semasa kita menggayakan sesuatu trend pakaian atau padanan, berkemungkinan besar ia tidak sesuai dengan kita. Begitu juga dengan trend warna atau rona terang. Elakkan jika anda tidak biasa serta kurang selesa memakainya. Kita boleh mengambil inspirasi untuk lebih bergaya, tetapi cuma perlu diingat ia perlu disesuaikan serta diolah mengikut gaya hidup sendiri dan disesuaikan dengan latar belakang masyarakat setempat.

 

Harga bukan ukuran
Bukan mahal atau murah sesuatu pakaian yang menjadi aspek utama dalam penampilan seharian, tetapi perlu diingat sebenarnya untuk kelihatan hebat dalam apa sahaja yang kita gayakan, pakaian perlu sesuai dengan potongan badan kita, gaya, imej serta personaliti secara keseluruhan.
Kita memang kadangkala amat teruja untuk memakai segala yang menjadi look of the moment, tetapi pastikan jangan kesemuanya dipakai dalam satu masa kerana ia akan kelihatan agak keterlaluan dan mungkin akan menjadi umpatan mereka yang melihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI