fbpx

Impian De Gea kembali, terbantut lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA dikaitkan dengan Genoa, namun penghijrahannya tidak menjadi kenyataan ekoran permintaan gaji yang tidak mampu dilunaskan kelab itu. - AFP

LONDON – Peluang untuk menyaksikan bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea kembali beraksi di padang menjadi semakin sukar biarpun dikaitkan dengan menyertai pasukan Serie A, Genoa.

De Gea yang bergelar ejen bebas selepas meninggalkan United musim lalu dikaitkan dengan beberapa pasukan sebelum ini, namun Genoa menjadi kelab terbaharu yang khabarkan bakal menjadi destinasi baharu sebelum ia gagal menjadi realiti.

Punca utama kegagalan perjanjian tersebut adalah jumlah bayaran gaji yang diminta pemain berkenaan yang dianggap tidak realistik menyebabkan Genoa terpaksa mencari alternatif lain.

Genoa yang dibimbing oleh Alberto Gilardino telah membuat keputusan melepaskan penjaga gol mereka, Josep Martinez ke Inter Milan menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan pengganti.

Sepanjang 12 musim bersama United, De Gea telah membuat 545 penampilan dan berjaya memenangi trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dua gelaran Piala Liga Inggeris dan Liga Europa.

Pemain berusia 33 tahun itu dilapor bersedia untuk kembali ke Old Trafford dengan syarat dua individu, Erik Ten Hag dan John Murtough perlu meninggalkan kelab itu.

Biarpun Murtough sudah dipecat daripada jawatannya sebagai pengarah teknikal, kepulangan De Gea tidak dapat direalisasikan ekoran Ten Hag masih lagi dikekalkan sebagai pengendali pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI