fbpx

Hentikan polemik isu tajaan, dana untuk sekolah – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

SEREMBAN – Polemik berkaitan isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah vernakular yang menjadi kontrovesi perlu dihentikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua pihak perlu patuh pada penegasan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri dengan mengekalkan garis panduan sedia ada.

“Saya fikir sudah cukup dengan penegasan dibuat oleh mesyuarat Jemaah Menteri dan kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Jadi saya ingat kita sudah boleh hentikan polemik ini dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih penting dan lebih besar,” katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemasyhuran Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, di sini hari ini.

Sebelum ini, isu sumbangan syarikat arak mencetuskan pertikaian susulan kehadiran seorang pemimpin politik dalam majlis amal di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang.

Situasi itu membawa kepada percanggahan beberapa pandangan dan pendapat khususnya yang membabitkan pemimpin parti politik, memaksa isu itu kemudian dirujuk dan dibincangkan ke peringkat Kabinet.

Pada 26 Julai lalu, Jemaah Menteri bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI