fbpx

‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bertudung selepas bergelar hajah, pelakon Ozlynn Waty sebenarnya sudah terdetik mahu mengubah penampilan sejak beberapa tahun lalu, namun bimbang memikirkan pandangan orang terhadap dirinya.

Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 42, mengakui hanya menunggu hidayah daripada Allah untuk berubah memakai hijab.

“Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tetapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’.

“Suami selalu kata jangan fikir pasal orang, sebaliknya fikir diri sendiri.

“Tak mengapalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai,” katanya dalam sebuah temu bual.

Tambah isteri kepada pelawak Johan itu, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah dengan mengerjakan haji merupakan titik permulaan dia memakai hijab.

“Apabila sudah pergi tunai haji, itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ (panggilan akhir) daripada Allah.

“Kalau boleh memang dah tidak mahu (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya,” ujarnya lagi.

Bahkan, ibu kepada enam orang anak itu sudah mengenakan hijab seminggu sebelum ke Mekah bersama suaminya awal Jun lalu.

“Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya sudah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji.

“Saya cakap dengan Johan, Allah dengarkah apa yang saya cakap? Saya terfikir apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan,” tuturnya.

Sebelum ini, Ozlynn dilihat tampil memakai tudung dalam Instagramnya selepas mengerjakan haji.

Ozlynn dan Johan merupakan antara 13 penggiat induustri seni dan pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima musim haji tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI