fbpx

‘French fries’ 10 batang harga RM19 dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'friend fries' yang dijual dengan harga RM19.

PETALING JAYA – Seorang peniaga yang menjual ‘french fries’ atau kentang goreng jejari dengan meletakkan harga RM19 disifatkan terlalu mahal dan tidak berbaloi dengan sukatan yang diberi.

Menerusi perkongsian klip video di aplikasi X, seorang individu berkongsi pengalamannya membeli makanan tersebut di sebuah gerai dipercayai terletak di ibu negara.

Berdasarkan video berdurasi kurang seminit itu, kentang goreng itu turut disaluti dengan sos mayonis dan serunding ayam.

“‘Macam ini RM19? Itu pun berulang kali dia (peniaga) kata murah. Macam tak kena je ‘portion’ (sukatan) dengan harga,” luah Amighul Deghaman.

Sehubungan itu, rata-rata mempersoalkan tindakan peniaga terbabit dengan meletakkan harga yang tinggi untuk makanan ringan berkenaan.

“RM19 boleh dapat satu beg kentang, engkau goreng dekat rumah. Hari-hari boleh makan,” kata Nadia.

“Otak dia RM19 macam itu. Gila ke, kalau beli makanan lain dekat luar dah dapat air satu set. Kentang murah sahaja,” jelas Zulaiqha.

“Apa logik harga macam ini? Aku tahu lah sewa tapak, kos barang asas dan nak bayar pekerja semua. Tapi yang jual makanan dekat kafe pun tak semahal macam ini. Harga macam satu set makanan sekali air,” jelas Shirei.

Sementara itu, selain dikecam harga mahal, makanan itu yang dipercayai tular di media sosial turut dikritik tidak sedap.

“Aku gagal menahan ‘fomo’ (takut ketinggalan) hari itu. Kita cuba beli tapi alhamdulillah, tak sedap,” ujar Umie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI