fbpx

Dapatkan HONOR 200 Lite dengan storan 512GB secara percuma!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR 200 Lite menggantikan HONOR 90 Lite dengan penawaran storan, nilai dan ketahanan berganda.

PETALING JAYA – Tahun lalu, HONOR 90 Lite dipilih untuk menyertai Pakej 5G Rahmah kerajaan dan telah berjaya memenangi pengiktirafan pengguna tempatan untuk menjadi model 5G Rahmah yang paling laris.

Ia juga telah menjadi model terlaris di Malaysia selama sembilan bulan berturut-turut berdasarkan data daripada syarikat penyelidikan pasaran, GFK dari bulan September 2023 hingga Mei 2024.

Memandangkan produk bintang 5G Rahmah ini bakal menamatkan jangka hayatnya tidak lama lagi di pasaran Malaysia, penggantinya HONOR 200 Lite, berharga RM1,299 bakal mengambil alih dengan menawarkan peningkatan berganda.

Menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk melanjutkan promosi Pakej Rahmah tahun ini, pengguna boleh membawa pulang HONOR 200 Lite secara percuma dengan pelan pascabayar selama 24 bulan.

Lebih storan, lebih lasak, lebih penjimatan

Ketika kebanyakan jenama lain menyediakan storan 256GB (gigabit), HONOR 200 Lite menonjol sebagai satu-satunya model yang menyediakan storan 512GB dalam julat harganya.

Ia juga merupakan model tunggal yang datang dengan tawaran Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari.

Dilengkapi dengan Kaca Bertetulang Ultra-tough, struktur bentuk-I di sudut dan bahan kenyal tinggi untuk menyerap hentaman, ia mampu bertahan sekiranya jatuh dari ketinggian 1.65 meter.

Selain itu, walau apa jua syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan pengguna, HONOR 200 Lite memberikan lebih penjimatan, tambahan pula ia dilengkapi dengan storan 512GB dan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari yang tiada tandingan dalam julat harganya.

Kenapa HONOR 200 Lite pilihan terbaik bawah tanda harga RM1500?

HONOR 200 Lite memiliki tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama 108MP (megapiksel) + kamera lebar dan dalam 5MP + kamera makro 2MP.

Kamera swafoto 50MP dan lampu swafoto didatangkan dengan kebolehan swafoto sudut lebar AI (kecerdasan buatan) yang akan bertukar secara automatik kepada swafoto 90° apabila mengesan terdapat dua atau lebih individu dalam bingkai.

Ia direka khusus untuk fotografi potret, menawarkan tiga mod potret berbeza iaitu Potret Alam Sekitar, Potret Atmosfera Potret Jarak Dekat.

Selain itu, HONOR 200 Lite menyediakan paparan perlindungan mata tanpa risiko. Disahkan oleh Pensijilan Tanpa Flicker TÜV Rheinland, peranti ini menyediakan pengalaman tontonan tanpa kerlipan dan mengurangkan kesan berbahaya cahaya biru.

Pada tanda harga RM1,299. HONOR 200 Lite boleh dianggap sebagai peranti terbaik dalam kelasnya.

Paparan Malam Circadian AI dan fungsi Peredupan Dinamik pula melaraskan warna dan kecerahan skrin kepada tahap paling optimum secara automatic.

Peranti ini juga memiliki kadar segar semula skrin 90Hz.

Ia turut memiliki ciri AI penting HONOR Magic Portal, termasuk AI Blur Private Info, Magic Capsule, Parallel Space dan HONOR Global Favorites Space.

Seterusnya, bateri 4500mAh dengan pengecasan 35W HONOR Wired SuperCharge; storan dan RAM yang besar 16+512GB (termasuk 8GB RAM Turbo); cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6080; sambungan 5G serta Enjin Permainan MediaTek HyperEngine 3.0 Lite menjadikan HONOR 200 Lite peranti pintar yang serba boleh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI