fbpx

Cuaca panas: Rompin, Kuching tahap berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, satu kawasan di Semenanjung serta tujuh kawasan di Sarawak berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) susulan status cuaca panas, hari ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, kawasan di Semenanjung itu melibatkan Rompin, Pahang.

“Bagi tujuh kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Kuching, Sri Aman, Lubok Antu, Kapit, Sibu, Telang Usan dan Marudi.

“Tahap ini adalah dengan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut hantaran itu.

Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sibu, Sarawak sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI