fbpx

Chee Hong Tat dilantik timbalan pengerusi MAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengangkutan, Chee Hong Tat mula berkhidmat menjelang 23 Ogos ini. - Mediacorp

SINGAPURA – Menteri Kewangan Kedua, Chee Hong Tat dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), lapor saluran berita Channel News Asia semalam. 

Beliau yang juga merupakan Menteri Pengangkutan Singapura akan memulakan tugas bermula  23 Ogos ini hingga 31 Mei 2027.

Menurut MAS, Chee Hong Tat dilantik menganggotai lembaga pengarah MAS pada 1 Jun lalu dan menggantikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong. 

Kim Yong memegang peranan timbalan pengerusi lembaga itu sejak 8 Julai 2023, sebelum mengambil alih sebagai pengerusi daripada Perdana Menteri Lawrence Wong pada 15 Mei lalu. 

Terdapat 11 anggota dalam lembaga pengarah MAS.

Di bawah Akta MAS, lembaga pengarah dilantik oleh Presiden,  manakala pengerusi pula dilantik oleh Presiden atas cadangan Kabinet. 

Lembaga berkenaan bertanggungjawab ke atas dasar pentadbiran dan perniagaan MAS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI