fbpx

Duit KWSP buat bayar yuran politeknik anak bukan berjoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bayar yuran politeknik anak dan belanja keperluan rumah antara sebab pencarum terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekali gus ia dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Tinjauan Kosmo! berdasarkan maklum balas dikongsikan pada media sosial, mereka tidak menyesal mengeluarkan caruman KWSP, bahkan tidak sesekali berjoli dengan wang tersebut.

“Alhamdulillah saya guna untuk bayar yuran politeknik dan sekolah anak. Banyak ke arah untuk pendidikan anak,” kata Dee Aida.

“Tak ada masa nak joli. Kalau bawa keluar pun kami guna belanja keperluan rumah dan untuk anak-anak,” komen Aminem Ahmad.

Selain itu, ada juga yang menggunakan wang KWSP untuk melunaskan hutang.

“Kita bukan orang senang, macam-macam perlu lunaskan hutang,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Kosmo! hari ini melaporkan, tindakan tergesa-gesa ketika usia muda untuk mengeluarkan sebahagian duit KWSP akan membuatkan pencarum kehilangan dividen sehingga RM20,000 dalam tempoh 20 tahun.

Sebagai contoh, jika simpanan mencecah RM200,000 pada usia 35 tahun, pulangan dividen yang mereka sepatutnya dinikmati sekitar RM10,700 setahun berdasarkan faedah 5.35 peratus.

Bagaimanapun, sekiranya pencarum mengeluarkan wang melalui i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang berjumlah lebih RM20,000, maka baki yang tinggal hanya RM180,000 dengan dividen RM9,630. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI