fbpx

‘Bapa tiramisu’ meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roberto Loli Linguanotto merupakan cef pastri di restoran Le Beccherie di Treviso, Itali. - Getty Images

ROM – Seorang cef pastri di Itali yang dipercayai pencipta hidangan pencuci mulut popular iaitu  ‘tiramisu’, meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Roberto Loli Linguanotto dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas menghidap sejenis  penyakit untuk tempoh yang lama. 

Linguanotto merupakan cef pastri di sebuah restoran terkenal, Le Beccherie yang terletak di Treviso, Itali.

Beliau digelar sebagai  ‘bapa tiramisu’ selepas secara tidak sengaja menjatuhkan keju mascarpone ke dalam gula dan telur, sehingga terjadinya pencuci mulut tersebut.

Menurut seorang wartawan, Gigi Padovani, ‘tiramisu’ seterusnya menjadi ‘hidangan ruji’ restoran Le Beccherie. 

Pada tahun 1983, resipi hidangan tersebut diterbitkan buat kali pertama dalam majalah gastronomi Treviso. 

Restoran Le Beccherie kemudian memperkenalkan tiramisu  di Venice sebelum ia menjadi terkenal di seluruh dunia.

“Dari tahun 1990-an dan seterusnya, tiramisu menjadi popular di mana-mana sahaja,” kata Padovani. 

Meskipun pemalu dan pendiam, Linguanotto dilaporkan sangat popular dalam kalangan rakan sekerjanya. 

Mendiang menghabiskan masa beberapa tahun bekerja di luar negara sebelum kembali ke tempat asalnya di Veneto. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI