fbpx

Bahu jalan sempit, ‘smart lane’ gagal dilaksana di Lebuh Raya KL – Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan ‘smart lane’ di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) tidak dapat dilakukan kerana kelebaran bahu jalan dan faktor geometrik yang tidak bersesesuaian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun Lembaga Lebuhraya (LLM) dan Anih Berhad menyediakan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam menyelesaikan isu kesesakan di laluan itu, terutamanya pada hujung minggu.

“Smart lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan raya atau lorong kecemasan secara terkawal untuk dijadikan sebagai lorong tambahan untuk menambah kapasiti lebuh raya bagi menyuraikan trafik semasa kesesakan atau kemalangan.

“Aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum smart lane itu dibenarkan untuk diaktifkan di mana-mana bahagian lebuh raya adalah kelebaran bahu jalan sedia ada dan faktor geometrik jajaran lebuh raya itu.

“Smart lane tidak dapat dilaksana di KLK kerana kelebaran bahu jalan atau lorong kecemasan yang tidak mencukupi untuk dilalui kenderaan kerana berselekoh dan berbukit di lebuh raya tersebut,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan SmartLane di KLK untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada hujung minggu menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, bagi mengatasi isu kesesakan di KLK ini, antara tindakan jangka pendek dan sederhana yang telah dilaksanakan ialah penyaluran lorong atau ‘lane channelization’ di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya tersebut.

“Lokasinya antara KM64.3 berdekatan jalan susur persimpangan Mempaga, Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan pusingan-U di Maktab Rendah Sains Mara Bentong dan jalan susur ke Genting Highland, bagi mengurangkan konflik dan melancarkan trafik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI