fbpx

Albertine tidak diapa-apakan suspek ketika diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (kanan) menyantuni Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman semasa Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di IPK Johor, hari ini dan Albertine (gambar kecil).

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak berusia 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui yang diculik semasa festival Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu, disahkan tidak diapa-apakan suspek sepanjang tempoh diculik.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, perkara itu berdasarkan laporan kesihatan yang dikeluarkan pihak hospital semasa pemeriksaan dibuat.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan laporan kesihatan turut mengesahkan kanak-kanak itu selamat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Kumar turut memberitahu motif kes penculikan kanak-kanak itu akan didedahkan selepas semua siasatan dijalankan lengkap.

Semalam, suspek lelaki berusia 31 tahun yang ditahan bersama mangsa di sebuah bilik hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lalu telah disambung reman sehingga Ahad depan.

Empat lagi suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan reman sebelum itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI