fbpx

Aksi pelik ‘linesman’ Malaysia ketika Liga Super viral satu dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi perlawanan yang melibatkan pemain KDN FC dan Perak FC Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Aksi yang tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana liga kompetitif nampaknya menjadi sejarah paling teruk dalam kancah Liga Super Malaysia apabila satu klip video perlawanan telah tular di seluruh dunia.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Perak FC pada Jumaat lalu menyebabkan ia tular di laman komedi bola sepak popular.

Kejadian tersebut berlaku pada minit ke-33 perlawanan ketika pemain sayap KDN FC, Fazrul Amir cuba mengejar bola yang hampir sahaja keluar daripada permainan namun dihalang oleh penjaga garisan yang bertugas.

Halangan tersebut membuatkan Fazrul Amir tidak berjaya menyelamatkan bola daripada keluar dan lontaran ke dalam diberikan kepada pasukan Perak.

Video berdurasi 38 saat itu telah dikongsikan oleh laman komedi bola sepak popular dunia, Troll Football Media dan telah meraih lebih 319 ribu tontonan setakat ini.

“Penjaga garisan telah beri cabaran bahu ke bahu. Ianya bukan kesalahan,” tulis laman X Troll Football Media.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dimenangi pasukan Perak FC yang berjaya menewaskan tuan rumah, KDN FC dengan keputusan 3-1.

Kekalahan itu menyaksikan KDN FC kini berada di tangga ke-12 daripada 13 pasukan yang bertanding dalam liga tertinggi Malaysia itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI