fbpx

Tasik makin kering, penduduk bimbang kena catu air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paras air di Empangan Tasik Bukit Merah menyusut sejauh 1,500 meter dari tebing jeti Nelayan Darat Kampung Selamat, Bagan Serai, hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Keadaan paras air di Empangan Tasik Bukit Merah, di sini yang semakin menyusut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di Kerian.

Seorang penduduk, Sariffudin Hassan, 40, berkata, sekiranya keadaan itu berterusan ia akan mencetuskan kebimbangan kepada penduduk sekiranya bekalan air minuman akan dicatu.

“Fenomena kemarau yang melanda di daerah Kerian ini membimbangkan. Walaupun akan diadakan pembenihan awan namun setakat ini masih tiada perubahan setakat ini,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Menurut Sariffudin, hujan ada turun pada awal pagi semalam sekitar pukul 3.30 pagi, namun paras air di tasik itu tidak bertambah.

Tinjauan Kosmo! di Empangan Tasik Bukit Merah mendapati, paras air semakin menyusut jauh sehingga 500 meter dari tebing Bukit Merah Laketown Resort.

Pemerhatian dilakukan juga mendapati kawasan dasar tasik turut ditumbuhi rumput yang menghijau menandakan kawasan itu tidak turun hujan lebih dari tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI