fbpx

Cuaca panas: 116 kes kelesuan, strok haba dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes yang dicatatkan pada 23 Julai lalu.

Menurut laporan dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), daripada jumlah tersebut, pecahan kes mengikut diagnosis merekodkan 81 kes kelesuan haba, 27 kes strok haba dan lapan kes kejang haba.

“Bilangan kes mengikut negeri adalah 20 kes di Terengganu, Kedah (19), Johor (14), Pahang (14), Perak (11), Negeri Sembilan (10), Selangor (9), Sabah (7), Kelantan (4), Perlis (4), Kuala Lumpur (3) dan satu kes di Pulau Pinang.

“Ia melibatkan 90 individu dewasa, 21 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas. Bagaimanapun, tiada kes kematian baru dilaporkan pada minggu ini,” katanya hari ini.

Berdasarkan laporan tersebut, bilangan kematian akibat strok haba kekal sebanyak lima kes melibatkan empat lelaki dewasa berusia antara 22 hingga 32 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

“Terdapat satu lagi kes strok haba yang masih dalam rawatan di wad biasa Hospital Segamat, Johor. Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI