MIRI – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh bangunan di Lorong Krokop, di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.29 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi.
Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati mangsa yang dikenali sebagai Kho Choon Hway, 70, sudah meninggal dunia.
“Mangsa disahkan maut oleh pasukan paramedik. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE