NEW DELHI – Seorang wanita menarik perhatian orang ramai apabila dia tanpa rasa takut menangkap seekor ular yang masuk ke dalam sebuah pejabat, lapor portal berita The Indian Express hari ini.
Berasal dari Bilaspur di Chhattisgarh, Ajita Pandey menangkap reptilia itu yang bersembunyi di belakang sistem komputer pejabat berkenaan.
Dia dengan lancar menangkap reptilia itu sementara kakitangan pejabat terus memandangnya dengan rasa terkejut.
Salah seorang daripada mereka bertanya sama ada ular itu berbisa dan dia menjawab, “Tidak, ia tidak berbisa.”
Ajita kemudian memasukkan ular itu dalam guni.
Berkongsi video itu, seorang netizen menulis di platform X dikenali menulis: “Saya mula-mula fikir dia berada di sini (pejabat) untuk membetulkan kabel.”
Ajita menerima pujian netizen ekoran keberaniannya. Wanita itu sebenarnya seorang aktivis penyelamat ular.- AGENSI