fbpx

[VIDEO] Bekas atlet lawan pedang AS puji baju kontinjen Malaysia di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monica memuji fesyen yang dibawa oleh atlet kebangsaan di Olimpik Paris 2024.

PETALING JAYA – Bekas pemenang pingat gangsa Olimpik 2016 dari Amerika Syarikat (AS), Monica Aksamit meletakkan markah penuh 10/10 bagi pakaian kontinjen Malaysia ketika pembukaan temasya sukan terbesar itu di Paris, Perancis.

Atlet lawan pedang wanita (samer) itu mengakui, pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaimi begitu indah dan cantik diperagakan oleh atlet kebangsaan ketika acara pembukaan itu.

“Ada orang tanya kenapa saya nak cakap benda ni, saya ini bekas atlet Olimpik mungkin saya ada pelepasan untuk bercakap. Bagi saya pakaian atlet Malaysia begitu cantik dan saya sukakannya, 10/10,” jelasnya dalam satu klip video di media sosial.

Dalam pada itu, Monica turut meninggalkan komen beliau terhadap beberapa lagi pakaian yang diperagakan oleh kontinjen negara lain antaranya, India, Mesir, Kenya, Republik Dominican, Slovenia, Mesir dan banyak lagi.

“Untuk Kenya, saya bagi 9/10. Pakaian mereka penuh dengan ciri-ciri tradisional. Saya juga sukakan gaya pakaian mereka. Untuk Slovenia ia ibarat seperti pemain golf di padang sahaja, 6/10.

“Untuk India, saya melihat rekaan mereka ke arah tradisional, namun warnanya agak pudar sepatutnya menggunakan warna yang sedikit terang, 5/10, manakala bagi Portugal ia ibarat satu modal yang sangat murah dan langsung tidak menarik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI