fbpx

Tiada aktiviti pencatutan dikesan – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah ketika di Dewan Negara hari ini. FOTO JAPEN.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21,038 premis telah diperiksa dalam Ops Kesan 2.0 sejak 8 Jun bagi memastikan tiada kenaikan harga yang tidak munasabah, khususnya selepas penyasaran diesel bersubsidi bermula baru-baru ini.

Dalam pemeriksaan yang telah dilakukan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang aktiviti pencatutan.

“Maklumat yang kita terima dia tidak melibatkan pencatutan,harga yang tidak munasabah itu tidak ada, masih lagi terkawal. Turun naik itu biasa, kita tak boleh kawal semua dalam pasaran terbuka, kalau kita kawal semua, pengeluar mungkin tidak mahu langsung mengeluarkan bahan tersebut.

“Tapi kita juga mesti pastikan bekalan itu ada, bukan setakat mengawal harga, jadi dalam pasaran ekonomi terbuka kita mesti pastikan ada bekalan, pastikan juga harga terkawal,” katanya di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail yang meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi menangani inflasi dan kesan berganda kenaikan harga barang keperluan dan bahan binaanakibat kenaikan harga diesel tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM1.20.

Jelas Fauziah lagi, kementerian juga menyediakan saluran aduan untuk mana-mana pihak membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga tidak munasabah di mana-mana premis.

“Aduan juga boleh dikemukakan sekiranya terdapat kekurangan atau ketiadaan bekalan di mana-mana premis,” katanya.

Fuziah juga mencadangkan pihak yang terlibat dalam sektor pertanian untuk mengemukakan memorandum kepada kementerian terlibat bagi mendapatkan subsidi diesel bersasar dalam mengurangkan kos pertanian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI