KARACHI – Seorang wanita berusia 65 tahun yang menghidap sakit hernia bertindak mengambil nyawa sendiri selepas menggunakan wang simpanannya untuk membayar bil elektrik, lapor laman berita ARY News semalam.
Pesakit bernama Razia Bibi bersungguh-sungguh menyimpan wang untuk pembedahan hernianya.
Bagaimanapun, apabila berdepan bil elektrik di luar jangkaan mencecah 10,000 rupee(RM166.51), Razia tidak mempunyai pilihan selain menggunakan wang simpanannya untuk menjelaskan bayaran tersebut.
Bercakap kepada polis, anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Usman berkata, ibunya keluar untuk membeli ubat pada hari kejadian.
Namun, dia sangat tertekan dengan masalah kewangan.
Kata Usman, disebabkan sudah berputus asa, mangsa terjun ke dalam parit berhampiran.
Pihak berkuasa melancarkan operasi mencari untuk mencari mayat wanita itu. – AGENSI