fbpx

Tapak kubur lama ‘timbul’ jika Tasik Pedu kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pagar dipercayai bagi tapak perkuburan lama sudah mula kelihatan ekoran paras Tasik Pedu yang semakin menurun. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

KUALA NERANG – Paras Tasik Pedu yang menjadi takungan kepada Empangan Pedu semakin menurun sehingga menampakkan pagar dipercayai bagi satu kawasan perkuburan lama di situ.

Tinjauan juga mendapati kawasan daratan termasuk tapak perkampungan lama, Kampung Mong Gajah juga didapati mula ‘timbul’ dan semakin luas.

Menurut seorang penduduk, Arman Che Ya, 45, paras tasik yang menyusut itu tidak seteruk yang berlaku pada 2020 dan ketika fenomena El Nino pada 2016.

“Tasik ini kering kerana tiada hujan, namun keadaannya tidak kritikal kerana pernah berlaku tasik kering sehingga nampak tanah perkuburan lama di Kampung Mong Gajah. Jika keadaan ini berlarutan, mungkin boleh nampak tapak perkuburan itu tidak lama lagi,” katanya di sini hari ini.

Empangan Pedu merekodkan takungan sebanyak 357,655 ekar kaki bersamaan 40.87 peratus.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memaklumkan bahawa takungan Empangan Pedu akan berada pada 53.93 peratus atau 471,90 ekar kaki pada penghujung September ini berdasarkan unjuran yang dibuat.

Takungan semasa di Empangan Pedu juga masih mampu memenuhi bekalan pengairan bagi menjayakan penanaman padi Musim 1/2024 termasuk permintaan keperluan domestik dan industri di Kawasan Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI