fbpx

[VIDEO] Suspek kes culik Albertine disambung reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK kes culik Albertine (tiga dari kiri) disambung reman selama enam hari lagi bermula esok.

JOHOR BAHRU – Tempoh reman terhadap suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, disambung enam hari lagi.

Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Majistret, Noorfazlin Hamdan selepas pihak polis membuat permohonan tersebut.

Tempoh sambungan reman itu bermula esok hingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 31 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi lengkap berpakaian lokap dan tangan bergari.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dalam kenyataan memberitahu, pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap suspek bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Lelaki berkenaan merupakan suspek kelima yang ditahan berhubung kes penculikan Jia Hui di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini pada 20 Julai lalu.

Suspek ditahan pada pukul 4.45 pagi 23 Julai lalu di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor ketika pihak polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu di lokasi itu.

Suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari dan tamat hari ini manakala empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI