PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramalkan membadai seluruh Melaka dan Johor petang ini.
Menurut perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Langkawi, Kedah serta Rompin di Pahang.
Turut diramalkan berlaku adalah di kawasan sekitar Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.
“Di Sarawak pula, ia dijangka membadai kawasan sekitar Selangau, Matu, Dalat, Mukah, Tatau, Bintulu dan Miri.
“Untuk negeri Sabah, antara kawasan yang terjejas dengan keadaan cuaca tersebut adalah di Pedalaman (Sipitang) dan Tawau,”ujarnya.
Tambah MetMalaysia keadaan tersebut akan berlarutan sehingga pukul 4 petang nanti.
Difahamkan, berdasarkan perkongsian beberapa pengguna di laman sosial sebahagian besar negeri Johor tidak menerima hujan sejak beberapa minggu lalu. – KOSMO! ONLINE