fbpx

Pusat akuatik MBJB Larkin tutup hingga 6 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUSAT akuatik MBJB di Larkin diarah tutup sehingga 6 Ogos ekoran insiden 19 individu mengalami pelbagai gejala kesihatan selepas terlibat dalam Kejohanan Akuatik MSSJ di lokasi berkenaan.

JOHOR BAHRU – Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini diarah tutup sementara sehingga 6 Ogos oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, penutupan itu ekoran insiden 19 individu yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 di lokasi itu mengalami pelbagai gejala kesihatan.

“Satu pertandingan renang peringkat negeri telah menyaksikan peserta dari pelbagai daerah mengalami muntah-muntah, cirit-birit, dan demam.

“Sampel air kolam renang telah diambil untuk dihantar ke makmal bagi ujian lanjut. Laporan dijangka akan diperoleh dalam beberapa hari,” katanya selepas melakukan lawatan ke pusat akuatik berkenaan, di sini.

Tambah Tian Soon, mengikut data, mangsa terdiri daripada 18 pelajar sekolah dan seorang jurulatih renang manakala seorang mangsa yang sedang dirawat di hospital stabil dan berada dalam proses pemulihan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI