fbpx

PRK DUN Nenggiri : Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas diumum calon PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rizwadi (tengah) diumum calon PN untuk PRK DUN Nenggiri di Masjid Hijau Renok, Gua Musang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

GUA MUSANG – Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Rizwadi Ismail diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada majlis yang berlangsung di Masjid Hijau Renok di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

DUN Nenggiri merupakan kerusi milik Bersatu selepas parti itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan selepas pengguguran keahlian Mohd. Azizi Abu Naim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Pada PRN lalu, Mohd. Azizi menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab. Aziz Yusoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI