fbpx

Pindaan RUU Kanun Keseksaan 2004 bagi banteras ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan 2004 merupakan salah satu cara dalam membenteras isu berkaitan penipuan dalam talian terutama membabitkan instrumen pembayaran di institusi kewangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pindaan tersebut membolehkan dalang bagi kes berkenaan berdepan hukuman lebih berat melalui tindakan mengikut peruntukan baharu.

Katanya, melalui Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah, beliau menjelaskan pegawai polis berkuasa merampas atau menyekat urusan berkaitan transaksi kewangan

“Dengan adanya sekarang pindaan, kita selamatkan dulu yang itu. Jadi tidak boleh lagi penipuan atau ‘scammer’ ini dapat akses untuk tujuan menyalahgunakan pengeluaran wang bagi tujuan penipuan, ini pindaannya.

“Dengan kelebihan ini, kita yakin bahawa usaha untuk membenteras jenayah dalam talian ini mampu dikurangkan, walaupun kita tidak atasi sepenuhnya”, katanya semasa menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Juhanis Abd Aziz di Parlimen.

Sebelum ini, Dewan Rakyat meluluskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang bertujuan dengan maksud penipuan membabitkan transaksi kewangan.

Sementara itu, Dewan turut dimaklumkan, mangsa yang terlibat dalam penipuan scammer juga akan dikembalikan wang mereka.

Namun, penyaluran wang balik mengikut proses dan jangka masa yang ditetapkan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI