fbpx

Penonton lelaki, wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diasing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu mengambil pendekatan menyediakan tempat duduk khas untuk penonton wanita bagi mengelakkan percampuran antara jantina sewaktu menonton perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tempat duduk khas berkenaan akan disediakan pihak pengurusan stadium bermula aksi Liga Super menemukan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan malam esok.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, penyediaan tempat duduk khas itu diambil bagi menangani isu pencampuran bebas antara penonton lelaki dan wanita sewaktu perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan TFC dan Selangor pada minggu lalu.

“Stadium bersifat terbuka, golongan wanita tidak (boleh) dihalang daripada memasuki mana-mana pintu masuk atau duduk di mana-mana tempat duduk penonton di dalam stadium.

“Cuma (tempat duduk khas) ini usaha untuk mendukung tuntutan dalam agama dan patuh syariah sambil berharap mengurangkan percampuran lelaki dan wanita ketika menyaksikan bola sepak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, tempat duduk khas wanita, pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) dan TFC juga menyediakan ruangan untuk penonton keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI