fbpx

[VIDEO] Pengakuan Lydia Rosli sungguh mengejutkan – Tyzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYZO memilih untuk enggan mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Lydia. Foto oleh AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – “Saya terkejut dengan pendedahan Lydia kepada pihak media”

Demikian respons penyampai radio popular, Tyxo Xander berhubung luahan cinta dan impian seorang usahawan wanita, Lydia Rosli juga anak pelakon senior, Normah Damanhuri yang mahu berkahwin dengannya.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, 48, berkata, perkara tersebut sebenarnya pernah dibincangkan, namun tidak menyangka ibu tunggal itu sebegitu terbuka berkongsi status hubungan mereka kepada media.

“Saya memang tahu tentang perasaannya terhadap saya. Kami pernah bercakap tentang perkara ini. Cuma saya tak sangka dia akan bercakap pada media.

“Mungkin sebab benda dah berlalu. Kalau tidak mesti dia tak akan bercerita. Dia pun dah tak suka saya sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditebak isi hatinya, Tyzo bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lebih lanjut tentang perasaannya terhadap Lydia yang adik kepada usahawan sensasi Liana Rosli itu.

“Biarlah saya simpan perasaan itu seorang diri. Saya tidak mahu kata ya ataupun tidak. Sejak dahulu lagi saya merupakan seorang yang menjaga privasi. Saya tidak berkongsi tentang soal peribadi kepada umum.

“Tetapi apa yang boleh katakan, saya mempunyai seorang teman yang baik. Lydia seorang yang sangat baik dan saya banyak belajar tentang ilmu perniagaan dengannya.

“Keluarga saya juga kenal rapat dengannya. Begitu juga dengan saya yang baik dengan keluarga dan anak-anak Lydia,” ujarnya.

Akui Tyzo, selama ini dia tidak pernah tahu situasi Lydia yang sering berendam mata mengenangkan kesudahan hubungan mereka..

Ditanya tentang restu ibu Lydia yang sedia menerimanya sebagai menantu, penyampai radio Ikim FM itu berkata, sebenarnya ramai kaum ibu di luar sana mahu bermenantukan dirinya.

“Bukan Normah Damanhuri sahaja, saya rasa ada ramai lagi mak cik di luar sana yang nak jadikan saya sebagai menantu,” jawabnya berseloroh.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan Lydia atau nama sebenarnya Nor Lydia Rosli 46 meluahkan rasa cinta dan keinginan untuk berkahwin dengan Tyzo tahun lalu namun perkara itu tidak menjadi kenyataan.

Menurut Lydia atau nama lengkapnya Nor Lydia Rosli,48, cintanya sebelum ini hanya untuk Tyzo, namun penyampai radio Ikim FM itu seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.

“Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.

“Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.

Untuk rekod, Lydia mempunyai empat orang anak termasuk Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok dan seorang cucu,. Manakala Tyzo tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai seorang anak angkat. -KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI