fbpx

Pelaksanaan lesen B2 kepada B akan diumum – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar selepas meninjau LRT3 Pasar Jawa, Klang hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KLANG – Pengumuman mengenai pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah mempunyai keputusan berhubung cadangan tersebut.

“Nanti saya akan umumkan, sudah ada keputusan (B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Pasar Jawa, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dilaporkan memaklumkan penaiktarafan lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Ahmad Zahid menyatakan tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Justeru, antara mekanisme yang dipertimbangkan adalah tempoh masa memiliki lesen B2 dan had umur yang dibenarkan untuk berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI