JAKARTA – Sepasang kekasih di Kebon Jeruk, Jakarta Barat ditahan selepas didapati menjual video aksi lucah mereka kepada pelanggan menggunakan platform media sosial, lapor portal berita Okezone.
Ketua Polis Daerah Kebon Jeruk, Komisioner Sutrisno berkata, video lucah yang dijual itu dihasilkan berdasarkan permintaan pembeli.
“Berpuluh-puluh (video). Mungkin mereka mempunyai pelanggan sendiri dan videonya dibuat berdasarkan permintaan.
“Sudah dihantar (video), baru buat pembayaran,” katanya.
Tambah Sutrisno, kedua-dua suspek mendapat pelanggan daripada platform media sosial.
“Mereka sudah menjalankan kegiatan ini selama setahun. Mereka mempunyai pelanggan di laman Instagram dan platform WhatsApp,” katanya.
Kata Sutrisno lagi, video tersebut dijual pada harga antara 150,000 rupiah (RM42.65) hingga 300,000 rupiah (RM85.30). – AGENSI