fbpx

Olimpik Paris: Misi sempurna Tang Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE dan Ee Wei meraikan kejayaan mereka menewaskan pasangan China sebentar tadi. - AFP

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus mempamerkan sinar pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila melangkah ke pentas suku akhir sebagai juara Kumpulan D dengan mencatat kemenangan bersih dalam tiga perlawanan.

Pasangan negara itu berjaya apabila menumbangkan pasangan ranking No. 2 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 17-21, 21-15, 21-16 dalam perlawanan yang mengambil masa 1 jam 10 minit sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena tersebut, Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku gandingan No. 9 dunia bermain dengan cukup baik pada awal permainan, namun tumpas di set pertama 17-21 dalam tempoh 22 minit.

Pada set kedua, Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan taktikal perlawanan dan strategi lebih agresif membantu mereka mencuri mata demi mata untuk mengheret perlawanan itu ke rubber set dengan kemenangan 21-13.

Kebangkitan pada set kedua itu nyata menyuntik semangat luar biasa buat pasangan beregu campuran No. 1 negara apabila mempamerkan aksi meyakinan untuk meraih kemenangan 21-16 sekali gus memenangi pertembungan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI