fbpx

Olimpik Paris: Korea Selatan tak kalah sejak 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SI-HYEON (dari kanan), Hun-young dan Su-hyeon memastikan Korea Selatan terus mengungguli acara berpasukan wanita di pentas Olimpk sejak 1998. - AFP

PARIS – Korea Selatan terus membuktikan status mereka sebagai kuasa besar dunia sukan memanah selepas berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan wanita di pentas Sukan Olimpik selama 10 edisi berturut-turut.

Ia sekali gus menyaksikan dominasi penuh Korea Selatan sejak acara berpasukan wanita diperkenalkan di pentas Olimpik sewaktu edisi Seoul 1998.

Kejayaan terbaharu itu hadir selepas tiga pemanahnya, Jeon Hun-young, Lim Si-hyeon dan Nam Su-hyeon berjaya menampilkan prestasi mantap untuk memenangi edisi Paris kali ini dengan catatan rekod baharu Olimpik.

Trio Korea Selatan itu berjaya mengumpul 2,046 mata sewaktu pusingan kelayakan, menewaskan China diwakili An Qixuan, Li Jiaman dan Yang Xiaolei yang terpaksa akur meraih pingat gangsa selepas tewas aksi final di Les Invalides, Paris semalam.

Jumlah itu sekali gus memadam rekod Olimpik dicipta oleh trio An San, Jang Min-hee dan Kang Chae-young menerusi 2,032 mata ketika edisi Tokyo 2020.

“Saya sangat gembira untuk mengekalkan tempat ini (pingat emas) dalam sejarah memanah Korea. Walaupun negara lain telah berkembang, kami akan cuba untuk mengekalkan tempat pertama,” kata Si-hyeon.

Pingat gangsa acara berpasukan wanita menjadi milik Mexico yang diwakili Angela Ruiz, Alejandra Valencia dan Ana Paula Vazquez selepas menewaskan trio Belanda, Quinty Roeffen, Gabriela Schloesser dan Laura van der Winkel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI