fbpx

Olimpik Paris: ‘Budak’ 14 tahun menang pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOSHIZAWA berjaya melengkapkan tiga teknik dengan sempurna untuk meraih kutipan mata yang tinggi untuk muncul pemenang pingat emas. - AFP

PARIS – Pada usia 14 tahun, Coco Yoshizawa dari Jepun berjaya mengharumkan nama negaranya selepas meraih pingat emas Sukan Olimpik Paris dalam aksi final papan selaju wanita dengan melengkapkan aksi berisiko tinggi di hand-rail.

Pada aksi final itu, Coco melakukan aksi terakhir itu untuk mengutip markah yang tinggi selain beraya menamatkan aksi penuh bergaya menerusi trick ketiga yang juga berjaya disempurnakan.

“Saya tahu bahawa jika saya mahu menang, saya perlu melakukan aksi yang paling sukar. Saya tidak menyasarkan untuk tempat kedua atau ketiga dan fokus saya adalah untuk podium pertama.

“Selepas melakukan aksi terakhir, saya tidak begitu gembira, tetapi berasa lega. Saya rasa sangat luar biasa selepas menyelesaikan aksi big spin flip dengan baik kerana tidak berjaya melakukannya dalam latihan. Jadi, berjaya melakukannya di sini sangat bermakna,” katanya.

Lebih manis, rakan senegaranya dari Jepun, Liz Akama berjaya meraih perak, manakala atlet dari Brazil, Rayssa Leal membawa pulang gangsa di Place de La Concorde.

Yoshizawa meraih pingat emas selepas memperoleh 272.75 mata menerusi tiga teknik terbaiknya, manakala Akama yang berusia 15 tahun, mengumpul 265.95 mata dan Leal melengkapkan kedudukan podium dengan 253.37 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI