fbpx

Nuzulan dilantik pemangku KP Dang Wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dellhan (kiri), Rusdi (tengah) dan Nuzulan (kanan) ketika Majlis Serah Terima Tugas hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Nuzulan Mohd Din dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan posisi Noor Dellhan Yahaya yang telah memegang jawatan itu hampir tiga tahun sejak 6 Ogos 2021.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis IPD Dang Wangi.

Majlis Serah Terima Tugas di IPD Dang Wangi hari ini disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Noor Dellhan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Risikan/Operasi/Rekod) D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner berkuat kuasa 8 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Rusdi turut mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat Noor Dellhan dan syabas kepada Nuzulan.

“Untuk makluman, Noor Dellhan telah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 6 Ogos 2021 dan beliau sentiasa komited dan berusaha memberi yang terbaik.

“Bagi Tuan Nuzulan, saya yakin Tuan mampu menggalas jawatan ini dengan adanya pengalaman dan pengetahuan sebelumnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI