fbpx

Model seksi, Ms Puiyi menang saman RM4.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ms Puiyi menunjukkan gambar Mentos setelah dia berjaya memenangi tuntutan berjumlah RM4.3 juta terhadap lelaki itu, Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Seorang model seksi yang juga pempengaruh sensasi, Ms Puiyi atau Siew Puiyi, 26, akhirnya menarik nafas lega apabila dia berjaya memenangi tuntutan berjumlah RM4.3 juta, Jumaat lalu yang difailkannya terhadap seorang rakan niaganya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menerusi keputusan penghakiman ingkar mengarahkan Mentos atau nama sebenarnya, Lai Kai Jian membayar jumlah tersebut setelah dia didapati telah memperdaya Puiyi atas alasan bagi melunaskan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada April lalu, Puiyi mengfailkan pernyataan tuntutan terhadap rakan kongsinya itu yang juga pengarah syarikat pemasaran, PY Empires Sdn. Bhd. berhubung urusan cukai pendapatan sehingga kerugian kira-kira RM4.3 juta, dua tahun lalu.

Peguam mewakili Puiyi, K. Mahendran berkata, keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada anak guamnya dengan memberikannya jumlah penuh tuntutan termasuk faedah dan bayaran guaman.

“Kai Jian yang merupakan defendan dalam tindakan ini tidak menfailkan sebarang kehadiran ataupun dokumen setakat ini daripada pihaknya berhubung dengan kes yang difailkan terhadapnya.

“Kami sudah menampal notis saman di rumahnya (Kai Jian) berdasarkan alamat terakhirnya selain mengiklankannya di akhbar utama. Ini adalah prosedur mahkamah yang perlu dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Puiyi berkata, akibat tunggakan cukai LHDN, dia terlepas menghadiri empat acara yang berlangsung di Australia setelah perjalanannya disekat.

“Selama tiga bulan tidak dapat ke luar negara. Bagaimanapun perkara itu akhirnya dapat diselesaikannya,” katanya.

Tahun lalu, Puiyi menerusi akaun TikToknya telah menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan AS$1,000,000 bersamaan RM4.3 juta.

Dia yang dikenali dengan penampilan seksinya dilaporkan berkata, biasiswa yang ditawarkan itu bertujuan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI