fbpx

‘Mengular’ waktu bekerja, adakah berkat gaji kita? – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan pekerja diingatkan supaya tidak ‘mengular’ atau culas ketika bekerja kerana perbuatan itu adalah salah di sisi agama.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, jika seseorang itu dibayar untuk bekerja mengikut masa, maka dia tidak boleh melakukan pekerjaan lain sepanjang tempoh tersebut.

Ini kerana, katanya, pekerja itu telah digajikan oleh majikan untuk membuat kerja berkaitan pejabat dan bukannya hal peribadi.

“Sebagai contoh, masa berada di pejabat duduk mengait (menjahit), ini biasa dilakukan oleh orang wanita. Kalau lelaki pula duduk di pejabat main telefon atau berniaga.

“Jika pekerja ini bekerja dan dibayar mengikut masa, tidak boleh dia melakukan perkara-perkara seperti itu di pejabat.

“Bagaimanapun jika dia dibayar secara kontrak contohnya siap kerja baru dibayar, perbuatan seperti itu (menjahit atau melakukan perkara lain) itu dibenarkan,” katanya pada sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar berkata, jika seseorang tersebut bekerja dibayar mengikut masa, solat sunat pun tidak boleh dilakukan melainkan dengan izin majikannya.

Namun katanya, bagi solat fardu ia adalah wajib dan tidak memerlukan izin daripada majikan.

“Ramai juga antara pekerja, bila diberikan izin mengerjakan solat dia sengaja ambil kesempatan. Majikan bagi 10 minit, tetapi sampai sejam dia duduk dalam surau. Adakah berkat gaji pekerja seperti ini?” soalnya.

Tambahnya, jika ada pekerja yang telah ‘mencuri’ masa untuk melakukan hal peribadi sewaktu bekerja, maka mereka perlu meminta maaf kepada majikan masing-masing.

“Kita dibayar RM2,000, RM3,000 sebulan, tetapi kerja tak buat pun. Jadi jangan tinggalkan kerja apabila kita diupah dengan masa untuk melakukan hal peribadi kerana hukumnya tidak boleh,” nasihatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI