fbpx

Mana ibu Nur Radhiyatul dan Nur Chong Mei?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Radhiyatul (kiri) bersama adiknya, Nur Ching Mei ditinggalkan ibu kandung, Rosnani sejak Mei lalu.

SEBERANG PERAI – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara (PKMD SPU) mengesan ibu kandung Nur Radhiyatul Husna Abdullah, 14, dan Nur Chong Mei Kwan Abdullah, 7, yang ditinggalkan sejak Mei lalu.

Pelindung Kanak-Kanak PKMD SPU, Noor Rabbani Mat@Mohammed berkata, ibu kandung mereka, Rosnani Hanifah menyerahkan anaknya kepada penjaga, Rabiatul Adawiyah Harody, 25 bagi tujuan penjagaan sementara dengan alasan mahu mencari kerja di Pulau Pinang.

“Kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandung mereka kepada penjaga berserta dokumen pengenalan diri.

“Wanita (ibu kandung) kanak-kanak itu kali terakhir dikatakan berada di Greenfield Blok D Jalan 1/155B, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita.

Menurut Noor Rabbani, bagaimanapun sehingga ke hari ini wanita tersebut langsung muncul dan mengambil dua anaknya semula, malah gagal dihubungi.

“Laporan polis juga dibuat oleh penjaga dan kita percaya kanak-kanak malang ini adalah mangsa pengabaian ibu kandungnya,” katanya.

Justeru, waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung mereka diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Noor Rabbani Mat @ Mohammed di talian 04-575 8715 atau 04 -5758716. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI