fbpx

Malaysia tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan pendirian bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.

Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan, Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.

Katanya, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

“Rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

“Kerajaan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu susulan penularan satu video di media sosial yang mengandungi kandungan tidak berasas, mengelirukan serta mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.

Dalam hal ini, kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama kementerian serta agensi berkenaan berhubung perkara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI