fbpx

Malaysia mampu jadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi (Be) 2023 di The Everly, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia sasar untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2027.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hasrat berkenaan nampu dicapai sekiranya ekonomi negara mampu tumbuh empat hingga lima peratus bagi setiap tahun.

Katanya, selain itu juga ringgit harus berada dalam kedudukan mengukuh iaitu sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Piawaian ini adalah piawaian yang lebih mudah (untuk melayakkan Malaysia mendapat status tersebut).

“Ia juga bergantung kepada kemampuan kita menjadi hub kewangan antarabangsa di samping prestasi Bursa Malaysia yang positif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi 2023 (TR 2022) di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, Malaysia sedang mencatat kemajuan ketara bagi mendapatkan semula status ‘Harimau Asia’.

Ia adalah berdasarkan tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi negara yang memberangsangkan.

Ketika ditanya berhubung tempoh negara untuk mencapai sasaran tersebut, beliau memaklumkan perkara perkenaan akan diperincikan pada Rancangan Malaysia ke-13 kelak.

Mengulas lanjut, bagi mencapai status ‘Harimau Asia’ ia juga harus disokong dengan ketersediaan negara dalam sektor ekonomi masa depan termasuk kemampanan sektor tenaga negara serta pertumbuhan pusat data.

“Untuk jadi ‘harimau’ kita perlu tumpu kepada sektor bernilai tinggi seperti penciptaan dan reka bentuk cip…tetapi kalau tengok kepada banci syarikat, syarikat yang mereka bentuk cip masih lagi boleh kira dengan jari.

“Jadi itu membolehkan kita sebagai kerajaan untuk memastikan dasar-dasar dan program untuk tempoh lima tahun akan datang memberi tumpuan kepada sektor-sektor sebegini kerana tidak cukup dengan memaklumkan kepada ekonomi, tetapi perkembangan dari sektor swasta itu tidak padan dengan perancangan kerajaan (maka) kita akan ketinggalan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI