fbpx

Makan tart keju, anak maut keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Mifzal Anaqi yang juga salah seorang murid sebuah sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan baru-baru ini. -Foto: Ihsan Laman Sosial-

KOTA KINABALU – Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna memaklumkan makanan dibeli bapa dipercayai punca kanak-kanak 10 tahun mengalami keracunan makanan dengan gejala cirit-birit sebelum dilaporkan meninggal dunia di Sandakan pada 25 Julai lalu.

Asits berkata, siasatan pihaknya mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan  selepas mengambil makanan sama bersama ibunya yang dibeli oleh bapa pada 23 Julai lepas.

“Bagaimanapun, sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes kepada makanan serta punca kematian mangsa masih dalam siasatan.

“Namun sampel makanan terbabit dan persekitaran sudah diambil untuk menentusahkan punca kejadian,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut beliau, kanak-kanak itu kemudiannya pada 24 Julai mengalami sawan dan dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana dia didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan. Kanak-kanak terbabit dimasukkan ke Wad Perubatan Pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia.

“Maklumat awal yang diperolehi menyatakan bahawa ibu kanak- kanak itu juga ada memakan makanan berkenaan dan mengalami gejala yang sama serta diberi rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak sebuah sekolah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan, dipercayai berlaku di rumahnya baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal, 10, sebelum ini dilaporkan tidak dapat datang ke sekolah pada 23 Julai lalu kerana keracunan makanan sebelum dimaklunkan tidak sedarkan diri sehari selepas itu dan meninggal dunia pada 25 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI