fbpx

Lima pelajar asrama pukul junior ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

IPOH – Lima pelajar lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar junior dalam kejadian pergaduhan di sebuah sekolah berasrama di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan terhadap pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu dibuat sekitar pukul 11 pagi tadi.

“Tangkapan terhadap kelima-lima pelajar itu dibuat berikutan laporan polis oleh pelajar lelaki tingkatan satu yang mendakwa dipukul oleh senior.

“Kejadian yang dipercayai berlaku berpunca akibat salah faham itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif pergaduhan selain mengesan suspek lain yang terlibat.

“Kelima-lima remaja telah dirakam percakapan dan dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI