fbpx

Kilang lupus bahan kimia, kitar semula musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang pemprosesan barangan pelupusan bahan kimia dan kitar semula di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang pemprosesan barangan pelupusan bahan kimia dan kitar semula di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.55 pagi itu, bangunan berkeluasan 20,000 kaki persegi hangus terbakar 60 peratus dan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, operasi yang diketuai Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Fauzi Suid@Shuaib bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran turut melibatkan dua buah lori dan sebuah van yang masing-masing musnah kira-kira 10 dan 80 peratus.

“Teknik pemadaman ‘offensive’ dan ‘defensive’ diaplikasi dengan penggunaan buih di beberapa kawasan. Punca kebakaran masih dalam siasatan Pasukan Forensik Bomba,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI