fbpx

Ketua Polis Perak bantu anggota trafik kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZI Mat Aris membantu seorang anggota polis trafik yang terlibat kemalangan ketika mengiring kenderaan Perdana Menteri di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak cedera apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 10.15 pagi itu berlaku ketika Lans Koperal Mohd. Faizol Deraman sedang menjalankan tugas mengiring kenderaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT 2024) Ke-7 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris yang melalui jalan itu turut berhenti dan segera keluar dari kenderaannya untuk memberi bantuan kecemasan sekali gus memeriksa keadaan anggota terbabit.

Keprihatinan Azizi terserlah apabila beliau turut membantu mengangkat motosikal berkuasa tinggi yang remuk di beberapa bahagian.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah kereta yang berada di hadapan berhenti secara tiba-tiba di laluan kiri, menyebabkan motosikal ditunggang anggota terbabit gagal mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

Anggota itu yang terjatuh bersama motosikal mengalami kecederaan ringan dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI