fbpx

Kerajaan P. Pinang, PTPTN anjur Program Anak Emas Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza (tiga dari kanan) dan Siew Khim (empat dari kanan) selepas sidang akhbar Majlis Pelancaran Program Anak Emas di Komtar, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Anak Emas di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 3 Ogos ini.

PTPTN dalam kenyataannya memaklumkan, Program Anak Emas diperkenalkan kerajaan negeri pada
Jun 2011 iaitu bayaran bantuan secara one-off berjumlah RM200 kepada bayi yberumur dua tahun ke bawah, dengan syarat salah seorang ibu atau bapa kepada bayi mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Pulau Pinang.

Katanya, menariknya pada tahun ini, Program Anak Emas ditambah baik melalui kerjasama yang julung kalinya diadakan bersama PTPTN.

“Insentif ini merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan negeri kepada masyarakat Pulau Pinang dalam memperkasakan pendidikan tinggi anak Pulau Pinang.

“Melalui kerjasama ini, berkuat kuasa pada 15 Januari lalu, RM100 akan diberikan untuk pembukaan akaun penambahan deposit Simpan SSPN Prime dan RM100 disalurkan ke akaun bank pemohon yang layak,” menurut kenyataan itu hari ini

PTPTN menjelaskan, Simpan SSPN Prime merupakan produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai manfaat dan kelebihan.

“Antaranya ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit,

“Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” ujarnya.

Berhubung majlis yang akan berlangsung pada Sabtu ini, ia Akan disempurnakan oleh Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Khim serta dihadiri Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid selain rakan strategik, ibu bapa, guru, murid dan kanak-kanak tadika serta orang ramai.

Program akan bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 6 petang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk pengunjung.

Orang ramai dijemput untuk hadir bersama keluarga ke Majlis Pelancaran Program Anak Emas bagi memeriahkan lagi program ini dan bagi ibu bapa yang layak memohon, boleh membuat pendaftaran di kaunter promosi PTPTN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI