fbpx

Kerajaan bantu koperasi tidak aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada beberapa koperasi sempena Majlis Perasmian HKN Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan sentiasa komited dalam membantu sebilangan koperasi tidak aktif daripada jumlah keseluruhan 15,809 koperasi yang didaftarkan di seluruh negara sehingga penghujung tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Operasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sehubungan itu, pihaknya terutama melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sentiasa mengambil inisiatif bersesuaian untuk membantu koperasi-koperasi terbabit untuk kembali aktif berniaga.

“Bagaimanapun, terdapat juga koperasi yang menutup operasi atas keputusan pihak mereka sendiri dan berikutan beberapa halangan tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Ewon memberitahu, terdapat beberapa koperasi termasuk yang menerima sumbangan dan anugerah hari ini telah memulakan perniagaan runcit sehingga semakin berkembang.

Beliau juga tidak menafikan setiap perniagaan termasuk runcit akan ada jatuh dan bangunnya serta berdepan cabaran besar terutama semasa serta selepas penularan Covid-19 seperti yang dihadapi Malakat Mall di Cyberjaya sehingga terpaksa menutup premis hujung bulan ini.

“Perkara itu tidak sepatutnya menjadi batu penghalang sebaliknya kisah kejayaan usahawan, syarikat dan koperasi boleh dijadikan motivasi serta inspirasi untuk terus mengembangkan perusahaan dan perniagaan.

“Oleh itu, kementerian mempunyai program tabung modal pusingan dan geran bantuan bagi membolehkan koperasi mengembangkan perniagaan termasuk dalam sektor peruncitan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) merekodkan jumlah jualan sebanyak RM2.6 juta melalui 63 program yang dijalankan sehingga semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI