fbpx

KDN tubuh unit sains data tangani kes jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewujudkan unit sains data yang akan menganalisis kesemua data jenayah yang ada pada kementerian itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, analisis itu akan membolehkan satu model ramalan dibentuk untuk menjangkakan perkara yang akan berlaku.

“Kita wujudkan unit sains data khusus untuk analisa kesemua data yang ada dalam KDN termasuk di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, penderaan seksual, pedofilia dan segala macam.

“Apabila data ini kita analisis, kita boleh ‘come out’ dengan ‘predictive model’. Kita boleh menjangkakan apa akan berlaku dan kalau dah tahu, kita boleh ‘mitigate’ untuk kurangkan kesannya,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Zurainah Musa berhubung modus operandi kerajaan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menangani jenayah.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, PDRM bekerjasama dengan pihak bank bagi mengenal pasti scammer melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di mesin pengeluaran automatik (ATM)

Beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Juhanis Abd. Aziz berhubung perkara itu menjelaskan, kebiasaannya scammer akan menggunakan terlalu banyak kad ATM untuk mengeluarkan wang pada satu-satu masa.

“Bank akan kongsi rakaman CCTV bila transaksi ATM dilakukan. Akan ada satu watak dia pegang ‘bundle’ kad ATM. Orang terpaksa beratur belakang dia dan dia asyik keluar duit.

“Itu sah ada orang lain beri kebenaran kepada dia untuk guna akaun dan akses kepada kad ATM. Dia akan buat transaksi sehingga 30, 40 minit itu sangat jelas.

“Dengan pindaan pindaan ini (Seksyen 116D Kanun Tatacara Jenayah), sekarang polis boleh pergi kepada orang yang beri izin akuan mereka digunakan (oleh scammer),” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, terdapat pelajar universiti turut dikesan membenarkan instrumen pembayaran mereka seperti debit kad untuk digunakan oleh scammer.

Menjawab soalan Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, beliau berkata, mangsa penipuan dalam talian akan menerima semula wang mereka yang berjaya diselamatkan dalam julat masa antara tiga hingga enam bulan.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, wang berkenaan dimasukkan semula ke dalam akaun mangsa tetapi tidak oleh digunakan sehingga kes di mahkamah selesai,

“Kita “parking” dulu sementara kes di bawa ke mahkamah duit yang kita selamatkan. Sekurang-kurangnya tiada lagi “layer” duit itu berpindah-pindah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui masih terdapat kekurangan pada talian aduan 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) kerana waktu operasi hanya dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Kena tipu takkan kena tunggu esok pagi (buat aduan). Itu aspek penambahbaikan KDN sedang tengok dengan serius. Kalau ia kekangan (jumlah) kakitangan kami kena atasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI