MINGGU lalu penyanyi Billy Ray Cyrus mendedahkan kononnya kegagalan rumah tangga dengan bekas isterinya, Tish Cyrus berpunca daripada satu kecurangan wanita itu.
Billy bahkan turut melemparkan kata-kata kesat dan memanggil Tish sebagai pembohong dan pelacur.
Bagaimanapun, anaknya yang juga penyanyi terkenal, Miley Cyrus tidak berdiam diri.
Meskipun tidak membalas kenyataan si bapa, Miley sentiasa menyatakan sokongan terhadap ibunya dengan memuat naik gambar bersama dalam sosial media.
“Saya amat mementingkan kekeluargaan. Saya akan bersama tetap menyayangi ibu saya.
“Saya tidak akan melupakan sesiapa, meskipun saya mewarisi sikap narsisisme bapa, tetapi saya sayangkan ibu,” katanya.