fbpx

Feby Putri menyanyi, Leona pula yang ‘tak okey’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona (gambar kiri) menangis ketika hadir konsert Feby, manakala (gambar kanan) Leona bersama Feby (bertudung).

PETALING JAYA – “Sis not okay (tak okey), I love you (saya sayang awak),” itu luahan pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona selepas menghadiri Konsert Feby Putri Vol.2, “Detik. Menit. Jam” Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menerusi gambar dimuat naik Leona iaitu anak pelakon Azhar Sulaiman, dia membeli tiket VIP di konsert berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malah menangis sewaktu mendengar nyanyian Feby.

Leona turut memuat naik video bertemu Feby atau nama sebenarnya Feby Putri Nilam Cahyani serta memberikan kad ucapan kepada penyanyi kelahiran Indonesia itu.

Dalam kad ucapan tersebut, Leona mengakui lagu ‘Runtuh’ nyanyian Feby seolah-olah memberikan sinar kepadanya sewaktu dia berada di dalam hari paling gelap.

“Hello, hai saya Liona. Seorang daripada ramai peminat awak. Saya sangat teruja mendengar nyanyian awak secara ‘live’ hari ini.

“Dua tahun lalu, banyak perubahan dalam hidup saya dan saya berkemungkinan berada di titik terendah yang pernah saya alami.

“Lagu awak iaitu ‘Runtuh’ seperti sinar dalam hidup saya dan memberikan ketenangan ketika saya berada di dalam hari paling gelap. Terima kasih untuk lirik yang sangat cantik dan sudah tentu, dengan suara yang menenangkan,” tulis Leona pada kad ucapan itu.

Leona juga menyifatkan, muzik dihasilkan Feby memberi kesan kepada hidupnya dalam bentuk yang menakjubkan terutama dari segi liriknya seolah-olah berbicara dengan jiwanya.

“Awak sering menyanyikan lagi dengan perkataan yang perlu saya dengar. Dalam kata lain, ia menyembuhkan hati saya.

“Justeru, saya berterima kasih kepada awak. Tolong teruskan untuk menghasilkan muzik yang indah. Saya akan terus sokong awak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI