fbpx

Effzaldanish hilang ketika pergi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD EFFZALDANISH dilaporkan hilang sejak semalam ketika berjalan kaki menuju ke sekolah di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh, Muar.

MUAR – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh di sini dilaporkan hilang sejak semalam ketika ke sekolah pagi semalam.

Remaja dikenali sebagai Muhammad Effzaldanish dilaporkan hilang kira-kira pukul 7.10 pagi.

Kali terakhir remaja itu dilihat berjalan kaki menuju ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah menengah.

Berita kehilangan Muhammad Effzaldanish itu tular dilaman sosial sejak tengah hari tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan laporan.

Menurutnya, polis kini sedang melakukan siasatan dan keterangan beberapa orang saksi berhubung kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI